Reply to akey87

This is in response to a comment made by akey87 in my previous post. A quick one and I decided to use the national language because I think it is only appropriate that I do so. I will translate it after my finals and post it up. Seems like I've got a new topic to talk about for my next post.


Kepada akey87:

1. Ini bukannya soal maruah ataupun "identity", ini adalah soal penguasaan ilmu. Sebelum sesuatu bangsa boleh memajukan diri mereka bukan setakat perlu mempunyai ilmu, tetapi penguasaan ilmu juga.

2. Perlu dilihat juga jika bangsa itu merupakan pelopor dalam ilmu-ilmu sains dan matematik dan adakah bahasa tersebut tidak akan mengubah ejaan semata- mata?

3. Tahukah anda bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam bidang sains adalah lain sekali berbanding penggunaannya dalam bahasa seharian?

4. Pengajaran bahasa Inggeris dalam sains dan matematik secara amnya adalah untuk memudahkan pelajar memahami istilah dan formula yang kebanyakannya mempunyai dasar perkataan bahasa Inggeris.

5. Lihatlah formula ini. F=ma, formula yang digunakan di merata dunia tidak kira bahasa. Ini merupakan formula untuk mengira daya. F adalah force, m merupakan mass dan a mewakili acceleration.

6. Jika menurut bahasa Melayu, force adalah daya, mass merupakan jisim dan acceleration adalah pecutan, yang manakah lebih senang untuk dihafal dan difahami?

7. Jika kenyataan yang anda beri tentang Jepun adalah fakta, berikanlah sumbernya. Adakah fakta tersebut dipetik dari buku sejarah, ensiklopedia ataupun sumber-sumber lain yang sahih?

8. Jika benar pun negara Jepun tidak menggunakan secara keseluruhan untuk mengangkat nama negaranya, tetapi saintis mereka perlu mempunyai kemahiran dalam bahasa asing untuk membincangkan dan membentangkan hasil kajian mereka dengan saintis negara lain.

9. Pernahkah anda mendengar tentang "peer-review"? Ini merupakan satu proses di mana penemuan atau hipotesis baru dibentangkan kepada saintis-saintis lain agar penemuan/hipotesis ini dapat dibuktikan kesahihan dan kejituannya.

10. Ketidakupayaan dalam menterjemahkan hasil kajian kepada bahasa lingua franca akan menyebabkan kajian itu ditolak dan tidak diiktiraf.

11. Untuk menaikkan martabat sendiri, pakailah tatabahasa dan ejaan yang betul dalam penggunaan bahasa bangsa sendiri. Anda sendiri mencampur adukkan bahasa Inggeris dalam penggunaan bahasa ibunda anda walaupun ada perkataan bahasa Melayu yang boleh digunakan dan menggunakan bahasa "sms" bukanlah cara untuk meninggikan martabat bahasa ibunda anda.

12. Tidak perlu dilihat kepada orang lain untuk melihat keruntuhan bahasa ibunda anda, apa salahnya menggunakan "secara kesimpulan". Perlukah menggunakan "totalnya" di mana perkataan ini "dimelayukan" dari bahasa Inggeris?

13. I would like to inform that I am a Bidayuh and narcissistically proclaim that I can speak and write better in the national language than the native speakers.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS